Kenapa isu anjing menjadi sensitif. Sudah lama aku perhatikan bagaimana orang melayu berhadapan dengan isu anjing. Dalam hal ini aku akan menggunakan 5 contoh kes yang biasa kita hadapi:
- Orang melayu memelihara anjing
- Basuh pinggan bekas jilatan anjing
- Binatang yang digonggong ajing terlatih boleh dimakan
- Pelacur layak masuk syurga kerana beri minum anjing
- Pemuda-pemuda yang tidur 300 tahun bersama-sama anjing
Kemudian kita berhadapan isu anjing ialah najis, dan najisnya adalah najis berat, lebih najis daripada najis manusia. Ada yang kata hukum terhadap anjing berubah-ubah, zaman dahulu boleh sentuh anjing tetapi zaman ini sudah tidak boleh. Tak boleh pelihara anjing kecuali untuk kerja tertentu.
Dan inilah pandangan saya.
Anjing ialah binatang seperti juga binatang lain, kucing, kambing, lembu, ayam dan sebagainya. Saya tidak melihat sebarang masalah dengan binatang-binatang itu semua kecuali 2 perkara iaitu jika ia merbahaya dan jangkitan penyakit yang boleh berjangkit kepada manusia.
Bukan anjing sahaja yang boleh mendatangkan bahaya kepada manusia, kucing, harimau, lembu dan sebagainya juga boleh memerbahayakan kita, jika tidak kena caranya. Adakah kerana ia merbahaya kita tidak boleh sentuh anjing? Malah saya percaya semua haiwan yang boleh mendatangkan bahaya, kita dilarang hampirinya.
Jangkitan penyakit yang boleh berjangkit kepada manusia.
Bukan anjing sahaja yang boleh menjangkiti manusia, binatang lain juga boleh bergantung kepada jenis penyakit. Kita sudah tahu, penyakit H5N1 pada ayam boleh menjangkiti manusia, begitu juga penyakit anjing gila. Walaupun nama penyakit anjing gila, bukan anjing sahaja yang boleh jangkiti kita, kucing, kelawar yang terjangkit boleh berjangkit kepada kita juga. Jika begitu kenapa hanya kepada anjing sahaja kita dilarang sentuhnya.
Saya percaya, semua haiwan yang dijangkiti atau disyaki berpenyakit, kita dilarang menyentuhnya atau memakai pakaian khas untuk menyentuhnya. Bahan-bahan yang tersentuh dengan binatang berpenyakit juga hendaklah dicuci dengan pencuci-pencuci khas untuk membunuh kuman.
Bukan itu sahaja, malah haiwan tersebut juga hendaklah dibunuh? tetapi adakah anjing telah dibunuh di sarawak sedangkan ayam telah dibuhuh di kelantan kerana binatang-binatang tersebut telah disahkan berpenyakit.
Kes orang melayu dengan sengaja menunjukkan betapa mesranya dirinya dengan anjing, bagiku bukan isu boleh pelihara atau tidak. Saya menganggap ini ialah isu sengaja mempamerkan isu sensitif yang boleh menyinggung perasaan orang yang percaya anjing tidak layak disentuh dan dipelihara tanpa sebab. Akhirnya layaklah orang yang menyinggung perasaan orang lain, perasaannya juga disinggung.
Saya ialah yang percaya anjing boleh disentuh seperti juga binatang-binatang lain kecuali apabila kita percaya mungkin berpenyakit, kita dilarang menyentuhnya kecuali dengan sarung tangan atau jiga bersentuh juga hendaklah membasuhnya dengan disinfektan. Bukan sahaja tak boleh disentuh, malah bahan-bahan yang disyaki terjangkit juga hendaklah dinyah kuman dengan pencuci-pencuci yang sesuai. Untuk apa saya hendak menunjuk-nunjuk.
Ketika kita boleh menuduh orang lain yang bukan-bukan, orang juga mampu menuduh kita yang bukan-bukan. Jika begitu saya tidak ingin menuduh sesiapa pun jika berbeza kefahaman dengan saya. Biarlah di sini dijadikan medan untuk masing-masing mengemukakan pandangan dan mencari kebaikan.
Saya melihat isu jilatan anjing dan boleh makan buruan yang digonggong oleh anjing sebagai petanda bahawa anjing yang dipelihara bukan sahaja boleh disentuh malah binatang yang digonggongnya boleh dimakan. Ini berbeza dengan anjing liar yang tidak diketahui status penyakitnya, adalah lebih baik kita membasuh pinggang yang dijilat anjing tersebut. Kenapa kita hendak jadi keliru dengan suasana begitu.
Mengenai tidak boleh pelihara anjing kecuali untuk tujuan tertentu. Adakah kita dibenarkan memelihara binatang lain tanpa tujuan. Malah saya percaya nabi sulaiman juga tidak memelihara kuda jika ia boleh menyebabkan dia lalai. Pandangan saya mengenai memelihara binatang termasuk anjing dan harimau ialah jika ia tidak melalaikan dan mampu menghadapi risiko seperti dibaham harimau atau dikeji oleh masyarakat yang percaya tidak boleh, bukan urusan saya untuk pertikainya. Masing-masing membuat keputusan mengikut kemahiran sendiri.
Mengenai malaikat yang tidak akan masuk kerumah orang yang pelihara anjing, saya ingin serahkan urusan ini kepada tuhan saya, dia maha mengetahui, kepadanyalah sahaja saya mohon perlindungan dan harapan.
xx